Tuan blog

My photo
Salah seorang hamba Allah. Penggemar buku dan gambar. Kadang-kadang suka merepek apabila mood ceria. Kadang-kadang suka berdrama apabila beremosi. Privasi itu hak saya. Jangan percaya jika was was. Ada agama, belajar agama. Jangan nak ciplak atau copy paste hak milik orang. (Ini dunia bahasa ibunda saya)

pergi mengaji

ada dua atau tiga orang lelaki dan perempuan bersuka ria berjalan kawasan jiran. Perjalanan nak pergi rumah Makcik Zainab , nak mengaji al-Quran.

mereka rakan sekolah yang sama. Masing-masing mem-bajet-kan diri. Kekonon 'double date'
Sementara tak masuk lagi. Ada salah seorang daripada mereka buka lagu 'Putih-putih melati' tu.
Bukan main lagi jiwang dgn lagu tu.

*Sesi mengaji al-Quran*

Selesai.

"Eh! Babi! Kau tak cakap dengan aku kan kau pergi main buaian kat bawah!"

"Bodoh! nak buat ape aku bagitahu kau, kau sibuk dengan awek kau je"

"What the Fcuk! korang ni pehal?"

Mereka masih berjalan-jalan kawasan jiran. Dengan konversasi kurang menyenangkan itu. Mana tak nya, tadi dorang pergi mengaji al-Quran kan?

Fea yang terdengar itu. tiba-tiba timbul persoalan dalam fikirannya.
"Astagfirullahalazim..bukan ke diorang budak budak yang pergi mengaji tu? Cantiknya bahasa."

Fea teringat kembali zaman umurnya lebih kurang sebaya mereka. Fea sering pergi mengaji di rumah Makcik Zainab ketika waktu selepas maghrib. Tapi masa tu. Kami pergi mengaji, pergi terus. Tak lepak. Dah habis mengaji, terus pulang. Tak 'dating'.

Itulah. Mengaji al-Quran kena ada pengisiannya. Perlu faham maknanya juga. Tak guna baca je ikut Ustazah yang ajar tu.

p.s: terima kasih krn membaca.

soal jodoh

mengapa dan mengapa dan kenapa

walaupun Bedah tahu "Soal jodoh dan mati kita sudah ditentukan sejak kita dalam kandungan ibu lagi"
Bedah seringkali mempersoalkan dirinya mengapa soal cinta/jodoh ini menjadi suatu perkara yg sangat besar dalam dirinya. Memberi penjajah terbesar dalam kelung rohani.

Dahagakan kasih sayang? Ya, Bedah mengaku. Tapi khas buat yang halal.
Insyallah.

Sejak peristiwa yg lepas, Bedah mulai sedar. Dan sedar melalui persekitaran. Mudahnya kita tewas dengan hanya dipetik jari oleh Syaitan.

Bedah bukanlah seorang Muslimah atau ustazah. Tapi Bedah hanya belajar daripada kesilapan masa lampau. Bedah taknak ditembak kata-kata Syaitan hingga menjadi sarang di hati. Hingga tak dapat bergelut kerana lemas dalam dunia kegelapan.

Kita kena pandai bezakan antara Cinta dengan Nafsu.

Insyallah, semoga umat kita banyak yang sedar dan bertaubat. Amin Ya Rabb Alamin..

p.s: luahan seorang sahabat fiksyen. Assalamualaikum.