Tuan blog

My photo
Salah seorang hamba Allah. Penggemar buku dan gambar. Kadang-kadang suka merepek apabila mood ceria. Kadang-kadang suka berdrama apabila beremosi. Privasi itu hak saya. Jangan percaya jika was was. Ada agama, belajar agama. Jangan nak ciplak atau copy paste hak milik orang. (Ini dunia bahasa ibunda saya)

Perkahwinan ke-3

"Ooooohhhh I still believe... that someday... " lagu Mariah Carey yang dipasang kuat oleh Siti.

Siti dengan begitu gembira dan penuh perasaan menyanyi lagu itu sambil memasak. Tapi tak lama kemudian,
tiba-tiba gelas terjatuh dan pecah.. Dia sudah mula rasa sesuatu yang tak kena akan berlaku. Tapi dia tak mempedulikannya. Itu khurafat. Bisik hatinya. 

*Telefon rumah berdering*

Sudah beberapa kali tak sempat diangkatnya. Akhirnya Siti mengangkat. 

"Hello.. boleh bercakap dengan Puan Siti Abdul Jaafar ?"
"Ya, saya.. "
"Maaf, kami dari pihak Hospital Kuala Lumpur..suami puan Encik Qayyum telah terlibat dengan kemalangan yang dasyat..dan kami tak ..."
Belum sempat Siti dengar sampai habis..dia terus pengsan. 

5 hari berikutnya

"Sudah, sudah lah tu.. aku tahu kau masih sayangkan arwah. Aku pun sama. Bukan kau seorang" kata Rayyum

Siti menangis tanpa suara. Tapi jelas di matanya yg merah itu. Suaranya pun hampir hilang. Siti redha takdir hidupnya. Tapi dia tak sanggup menahan perit kehilangan lelaki yg dia cintai. 

Malang tidak berbau, ini bukan sekali. Tapi sudah dua kali dalam hidupnya. 

"Arwah tinggalkan pesanan kat aku supaya jaga mak ayah baik-baik. Jaga diri.. " Siti tak dapat nak sambung kerana ayat seterusnya hanya dia dan arwah suaminya sahaja yg tahu. 

Hari seterusnya.

Siti datang ke rumah bekas ibu mertua arwah suaminya yg pertama, Lukman. Mereka sekeluarga sangat rapat dan menyayangi Siti. Siti khabarkan bahawa dirinya sudah jadi balu buat kali ke-2. 

"Sabar ye nak.. kau seorang yang tabah.. Allah sgt menyayangi Siti dgn memberi ujian sebegini pd Siti" kata Mak Lemah sambil belai belakang badannya. 

"Mak.. arwah baik sangat-sangat dengan Siti..dia prhatin..tak pernah mengeluh dengan karenah saya. Dia seolah-olah tahu dia akan tinggalkan dunia ni dan saya akan berkahwin lain.." 

"Dia rahsiakan daripada saya bahawa dia mempunyai kanser" 

"Tapi jauh sudut hati saya, saya sangat mencintai dia mak.. " 

6 bulan kemudian,

Kini Siti berkahwin dengan bekas iparnya. Abang kepada arwah suaminya yg kedua Qayyum.. iaitu Rayyum. Tapi dia bermadu dengan Rahmah, isteri pertama Rayyum. Dia merupakan isteri kedua Rayyum. Setelah mendapatkan persetujuan semua pihak. 

"Akhirnya, abang lah jodoh ku... Siti redha. Semoga perkahwinan ketiga Siti ini kekal hingga akhir hayat" kata Siti yang berpakaian busana indah pengantin pada malam itu. 

"Aku berjanji akan berlaku adil dan mencintai kau sepertimana aku mencintai Rahmah. " kata Rayyum.

4 tahun kemudian

Alhamdulillah.. semenjak Siti bergelar isteri Rayyum. Allah kurniakan rezeki. Rahmah dan Siti bersama-sama sudah melahirkan anak. Sebelum ini .. sudah lama Rayyum dan Rahmah usaha untuk mendapatkan zuriat sehingga lah Siti menjadi isteri Rayyum. Walaupun pada mulanya Siti merupakan adik ipar mereka. 


Tamat. 

p.s: agak-agak boleh buat novel tak ? Terasa macam kena pendekkan cerita. Haha itu lah dia. Cerpen. Haha ni drama yang sentiasa berdrama dalam kepala otak aku. Cerita tiada kena mengena sama ada mati atau hidup. okay Terima kasih. Salam