Tuan blog

My photo
Salah seorang hamba Allah. Penggemar buku dan gambar. Kadang-kadang suka merepek apabila mood ceria. Kadang-kadang suka berdrama apabila beremosi. Privasi itu hak saya. Jangan percaya jika was was. Ada agama, belajar agama. Jangan nak ciplak atau copy paste hak milik orang. (Ini dunia bahasa ibunda saya)

Salah faham atau salah konsep ?

okay pertama sekali, ini blog aku. Jadi, ikut gerak minda hati dan tangan aku lah nak menaip apa-apa sekali pun tak kira bila masa dan di mana jua.

sebenarnya banyak cerpen aku nak post tapi yelah sibuk dengan belajar kan. Itulah pelajar. Mana sempat nak update blog kecuali jadual tak padat dan ada WiFi laju bagai turbo dalam bilik yg percuma kan. Ambil masa juga nak update entry kali ni.. sampai tak tidur ni ha. Dah 4.12 .a.m dah pun.
entah apa aku fikirkan, banyak sangat tapi yang buatnya sikit. *mengeluh*. Macam-macam aku buat sebelum nak menaip entry ni.. tengok movie Easy A sambil makan buah pear lah, stalk keek orang lah, baca novel lah, ber Instagram lah.. kay akhirnya aku termenung juga depan skrin latop ni. Sebab aku tahu perkara yang aku nak sampaikan yang mungkin tiada siapa pun terlintas nak baca ni akan buat orang terasa atau maki hamun ke apa. Atau boleh juga ambil iktibar. Insyallah

Sebenarnya aku tak faham dengan cara kebanyakan orang berfikir dengan ilmu yang sudah terpampang di sekeliling udara mereka.

Aku bukan lah seorang yang mempunyai banyak sangat ilmu tahap Phd kat dunia ni atau tahap hampir malaikat di akhirat, tapi aku kekadang terasa juga sebab aku salah seorang ciptaan Allah yang dikurniakan jantung yang mengandungi warna warni perasaan yang diterapkan oleh akal. Okay tak kisah lah. Macam ni lah, aku tak faham mengapa ramai juga yang jenis berfikiran begini

"Kamu tu kan pakai tudung besar, patutnya mainkan lah watak itu..jaga lah adab. Sebab bagi pandangan orang lain tak macam tu. Tak semua orang berfikiran seperti kamu"

Oh jadi maknanya kamu, kamu dan kamu yang bertudung singkat atau tidak memakai hijab boleh lah nak bergaul bebas dengan bukan mahram ?

Begitu ke ?


Okay lah bagi aku dedua salah. Yang pakai hijab tapi berperangai tak elok, mulut mengalahkan momok pun salah dan yang tidak berhijab tapi baik hati bagai pun salah.

Yelah, bukan ke Allah dah suruh kita untuk jaga maruah, jaga pergaulan dan jaga aurat dalam Surah An-Nisa ayat 30 (bagi lelaki) dan ayat 31 (bagi wanita)

Jangan lah salah faham, tapi bukan ke itu yang sebenarnya ? Apa kan daya aku nak meronta-ronta nak membantah sampai masuk mahkamah bagai hanya kerana hal ni je. Yelah lagi seronok dengar apa Ustaz Azhar Idrus bercakap kan ?

Aku bukan ape, cuma aku rasa macam dah tersalah je konsep tu. Tak semestinya bagi orang-orang yang berhijab memakai tudung labuh, baju kurung dan jubah hari-hari dalam hidup je yang perlu jaga tatacara, tatasusila dan adab pergaulan. Bagi aku, semua hamba-Nya lah kan. Kenapa nak rasa sakit hati sangat dengan kesalahan orang sedangkan diri sendiri bagaimana pula kan. Aku pelik lah, habis tu apa gunanya bertudung ? Hanya kerana sudah biasa ? Atau apa ? Alhamdulillah bertudung juga. Kan.

Hm cuba ubah sikit persepsi tu. Walaupun tetap nak menjadi diri sendiri. Okay terpulang. Aku cuma nak sampaikan tak kira lah apa sekali pakaian kamu sekarang, kita semua sama kena patuhi perintah Allah.

Itu je.

Dan lagi satu hal, tentang berpurdah atau niqab.
Ini pakaian atau satu tradisi kot.. ini apa yg diamalkan oleh orang-orang Arab. Kita Melayu. Asalnya berbaju kebaya atau baju kurung. ye dak ?

Bukan ke kita sudah mengetahui bahawa bahagian bukan aurat bagi wanita dengan bukan mahram ...muka dan tapak tangan kan ?

Habis tu, jika tidak menetap berpurdah itu menjadi satu kesalahan ke ? Satu isu yang sangat besar ke ?

Bagaimana pula bagi yang bertudung tiba-tiba 'free 'hair' ? Itu tak pula menjadi tanda tanya. Tak pula nasihatkan. Buat tak tahu atau mengumpat lagi ada lah. Apa masalah manusia ni, sampai begini jadinya.
Kadang-kadang orang berubah secara drastik melalui pakaian atau terus berpurdah bukan sebab terus nak jadi ustazah atau orang yang sangat alim ke ape. Itu sebab nak patuhi perintah Allah. Dan kelebihannya rasa dilindungi oleh Allah jika menutup aurat di bumi luar. Alhamdulillah.

Berpurdah bukan lah satu kewajipan, tapi menutup aurat itu wajib.

Susah sangat ke nak faham yang itu ?

Aku cuma salah seorang hamba-Nya yang mengambil peluang untuk berubah biarpun perlahan demi perlahan meskipun aku berubah dengan drastik dari segi pakaian. Bagi aku, itu perkara pertama sekali yang aku impikan selama 16 tahun. K tipu.. sebenarnya sejak form 3 lagi. Sejak aku rasa dah sedikit...ye sedikit matang ketika itu. Aku bukanlah nak menunjuk-nunjuk aku berubah ke apa kat laman sosial.. gegedik posing masuk dalam Instagram ke ape. Tak, bukan itu niat aku. Niat aku cuma nak mengajak. Walaupun tiada pun perkataan yang menunjukkan aku mengajak dekat caption gambar.

Aku cuma harap bagi sesiapa yang baca ni faham apa yang aku maksudkan.. ni nasib baik taip dan post ke blogger..daripada aku membebel sampai dua tiga video pun tak habis habis.. macam lah ustazah. Hanya bajet. Haha. okay lah Assalamualaikum barakallah :)