Tuan blog

My photo
Salah seorang hamba Allah. Penggemar buku dan gambar. Kadang-kadang suka merepek apabila mood ceria. Kadang-kadang suka berdrama apabila beremosi. Privasi itu hak saya. Jangan percaya jika was was. Ada agama, belajar agama. Jangan nak ciplak atau copy paste hak milik orang. (Ini dunia bahasa ibunda saya)

tiada tajuk

tepat pukul 1 pagi.
Minah masih memikirkan kata-kata ibunya yg disampaikan dengan nada yg teruja.

"Alhamdulillah ...anak Mak yang pertama masuk Universiti!! whoahhh!!"

Minah tak pernah merasai sebegini. Perasaan ingin teruskan demi senyuman seorang ibu.
Tapi Minah juga tak menyangka sejak akhir akhir ni dia hilang semangat untuk menjalani kehidupan. Untuk berdikari. Ya, tiada semangat. Tanpa sebab ke?

Nak tahu?
Pergantungan minah = 8

Tinggi tak? Jadi maknanya Minah sangat bergantung pd seseorang atau kawan-kawan untuk kembalikan semangat dan keazaman untuk menuntut ilmu dan meneruskan kehidupan ni dgn penuh warna warni.

Sebab tu lah.

Hm Minah berharap sangat dia akan berubah menjadi solehah yg berjaya. Walaupun ilmunya masih lagi cetek. Dan banyak lagi perlu pelajari.

Cinta?

Minah tak nak huraikan. Berkawan dan belajar dulu.

Minah tahu cinta merupakan perkara terbesar sebesar nya meliputi bumi ni. Kalau tak cmne nak beranak pinak?

Minah mudah jatuh cinta..dan mudah juga lupa. Sebab itulah Minah kalau boleh nak cinta. Tak nak jatuh. Nanti sakit lah kalau jatuh. Lain lah kalau jatuh cinta terus nikah takpe juga. Halal. Jatuh banyak kali pun tak sakit.. hahaha eh? ewah ewah.

"Awak, saya cintakan awak sangat-sangat. Saya dah pasang niat nak memperisterikan awak. Dari awal lah saya nak merancang bina masjid.. walaupun awak kata kita perlu belajar dahulu." kata dia

Amboi cair hati ni. Tapi Minah tetap dengan pendiriannya. Insyallah Minah harap setiap jalan yg dipilih di redhai Allah swt.

*tak nak huraikan konon*

p.s: belajar rajin rajin.. anda akan menikmati nikmatnya. Insyallah. Okay cerita ni rekaan je. Salam :)