Tuan blog

My photo
Salah seorang hamba Allah. Penggemar buku dan gambar. Kadang-kadang suka merepek apabila mood ceria. Kadang-kadang suka berdrama apabila beremosi. Privasi itu hak saya. Jangan percaya jika was was. Ada agama, belajar agama. Jangan nak ciplak atau copy paste hak milik orang. (Ini dunia bahasa ibunda saya)

bukan dunia putih

*Jangan, jangan fikirkan apa yg dimaksudkan disebalik tajuk yg tertera di atas.*

Aminah keluar rumah bersama ibunya pada hujung minggu yg lalu. Mereka merancang utk pergi menonton wayang cerita 'Iron Man 3'.

Selepas mereka sudah dapat tempat letak kereta, kemudian mereka pun bersama-sama turun ke tingkat bawah (masuk dalam shopping mall lepas parking).

Semasa mereka turun bersama (turun escalator) , ada satu pasangan ni yg sedondon pakai warna kuning. Lelaki itu peluk teman wanitanya semakin erat dan cium pipi teman wanitanya.

Dalam hati Aminah "Astagfirullahalazim" , ibunya buat muka reaksi terkejut dan rasa kelakar. "Sbb boyfriend dia rindu sangat tuuu" kata ibu Aminah.

Hati Aminah mula rasa sungguh tak sangka dan sedih yang dikatakan 'normal bagi pasangan bercinta' itu. Yang menyedihkan itu, mereka itu orang kita. Orang Melayu beragama Islam. Depan khalayak umum pulak tu. Depan mata Aminah dan ibunya sendiri.

Aminah tahu dan sedar ramai lagi yg begitu. Malah ada yg sangat muda lagi untuk terdedah kpd perkara-perkara sebegini.

Tapikan, kita tak boleh salahkan pengaruh Barat semata-mata. Semuanya kerana H A T I manusia.
Seperti yg dinyanyikan oleh penyanyi Islamik yg sudah terkenal, Maher Zain. Dalam lagunya 'Awaken'

Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Persoalan yg sering berputar di minda Aminah ;

"Tiada rasa malu ke sebagai jantina perempuan, serahkan diri sewaktu merasa indahnya cinta."

"Tiada rasa terhina ke semasa serahkan maruah, sedangkan lelaki yg meminta itu hanya ingin puaskan nafsu semata-mata"

Melainkan ianya berakhir dengan perkahwinan yg pasti akan berlangsung.

"Ke mana akal kurniaan yg Allah berikan?"

Aminah rasa sangat geram dalam diam. Tapi dia masih terus membisu kerana dia tahu. Dia hanya berhak menasihati dan biar pihak itu yg memilih jalan sendiri. Bukan memandang rendah, hina, pinggirkan dan terus mengutuk. Bukan.

Tambahan pula, bagi orang-orang yg sudah biasa hidup bebas dan orang-orang yg jarang bersosial yg menerima kejutan (social shock/culture shock). Mereka ini ... ahh Minah tak tahu nak komen.

Itulah dia, Minah sangat sedih. Sedih sampai bila akan berterusan seperti ini. Hanya mampu berdoa.

Tamat. (Bagi cerpen ini, bukan realitinya)