Bukan aku tak mahu berjaya, bukan aku tak mahu.
Hidup mahu senang lenang, tapi sedar kenikmatan dunia hanya sementara.
Dosa pula bertimbun-timbun. Tinggi menggunung.
Belajar mana ada yg mudah walaupun meminatinya. Tapi dgn usaha dapat laluinya dgn manfaat.
Hati ni asyik berkata-kata "Tiada semangat mahu teruskan belajar jika tiada kawan"
Walaupun niat utama berusaha utk diri sendiri.
Ibu sering menasihati ku , ya aku genggam kata-katanya untuk terus mara ke hadapan.
Walaupun aku 'struggling' .
Rasanya lebih baik tiada apa-apa yg menarik utk dilakukan. Supaya dapat fokus lebih kpd buku buku dan buku. HAhaha. Ilmu.
Cinta? Haha biarlah Allah yg tentukan.
Aku hormat kpd kawan kawan ataupun wanita wanita yg sejak muda lagi sehingga habis belajar, mungkin.
Tak pernah terjerat dgn 'Couple' ni.
Alhamdulillah.
p.s : Pilih lah akhirat utk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Selagi bernyawa, usaha lah utk berubah ke jalan Allah. Insyallah.