Tuan blog

My photo
Salah seorang hamba Allah. Penggemar buku dan gambar. Kadang-kadang suka merepek apabila mood ceria. Kadang-kadang suka berdrama apabila beremosi. Privasi itu hak saya. Jangan percaya jika was was. Ada agama, belajar agama. Jangan nak ciplak atau copy paste hak milik orang. (Ini dunia bahasa ibunda saya)

soal jodoh

mengapa dan mengapa dan kenapa

walaupun Bedah tahu "Soal jodoh dan mati kita sudah ditentukan sejak kita dalam kandungan ibu lagi"
Bedah seringkali mempersoalkan dirinya mengapa soal cinta/jodoh ini menjadi suatu perkara yg sangat besar dalam dirinya. Memberi penjajah terbesar dalam kelung rohani.

Dahagakan kasih sayang? Ya, Bedah mengaku. Tapi khas buat yang halal.
Insyallah.

Sejak peristiwa yg lepas, Bedah mulai sedar. Dan sedar melalui persekitaran. Mudahnya kita tewas dengan hanya dipetik jari oleh Syaitan.

Bedah bukanlah seorang Muslimah atau ustazah. Tapi Bedah hanya belajar daripada kesilapan masa lampau. Bedah taknak ditembak kata-kata Syaitan hingga menjadi sarang di hati. Hingga tak dapat bergelut kerana lemas dalam dunia kegelapan.

Kita kena pandai bezakan antara Cinta dengan Nafsu.

Insyallah, semoga umat kita banyak yang sedar dan bertaubat. Amin Ya Rabb Alamin..

p.s: luahan seorang sahabat fiksyen. Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.